Kami PAKAR AIR dalam membekal :
Penapis Air , Penapis Udara , Peralatan Bilik Air Dan Bilik Mandi.
BERSIHKAH AIR YANG KITA MINUM SEKARANG? pernahkah kita fikir air yang kita minum dipenuhi bendasing dan klorin-klorin yang berlebihan yang boleh membunuh sistem imun dalam badan kita....







" Discount HEBAT 10% bulan julai hingga sept 2014 "


17 Ogos 2013

Coway Malaysia Atasi Pesaing



PENGELUAR dan pengedar barangan keperluan rumah terutama penapis air dan pembersih udara dari Korea, Woojin Coway (Malaysia) Sdn Bhd (Coway Malaysia) menyasarkan untuk menjadi peneraju utama di Malaysia dalam segmen berkenaan tahun depan.
Pengarah Urusannya, James Park Jae-Young, berkata sasaran itu disandarkan kepada prestasi cemerlang serta jumlah jualan amat memberangsangkan sejak syarikat meneroka pasaran di Malaysia.
“Usia Coway Malaysia masih muda iaitu lima tahun berbanding pesaing kami yang sudah berada di Malaysia antara 15 hingga 20 tahun, tetapi pelanggan percaya dan yakin dengan kualiti produk kami.
“Disebabkan itu, kami percaya dapat menguasai pasaran di Malaysia tahun depan, sekali gus mengatasi pesaing sedia ada ketika ini.

“Malah, berdasarkan jumlah jualan setiap bulan yang mencecah 5,000 unit, kami percaya kami sudah menguasai pasaran dalam segmen berkenaan,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian penajaan pemasangan alat pembersih udara antara Coway Malaysia dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur, Sepang, semalam.
Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Lokman Hakim Sulaiman dan Pengarah Urusan MAHB, Tan Sri Bashir Ahmad serta Pengurus Besar Kanan (Operasi) MAHB, Datuk Azmi Murad.
James Park berkata, Coway Malaysia juga bercadang membina kilang pengeluaran produk terbabit di negara ini.
Sementara itu, KLIA dipilih menjadi rakan kongsi pertama Coway Malaysia dalam Kempen Zon Udara Bersih dengan menerima 30 unit pembersih udara bernilai RM120,000 dan akan dipasang di Balai Ketibaan serta Balai Berlepas di Bangunan Satelit, KLIA.
“Pembersih udara itu direka khas untuk menghalang virus selesema, bakteria dan bau busuk dalam udara sehingga 2,650 kaki persegi,” katanya.

Tiada ulasan: